AGENDAGLOBAL

Taufan Dorian: 12 daerah Georgia disytihar darurat

MIAMI: Georgia di tenggara Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan darurat di 12 daerahnya hari ini ekoran Taufan Dorian yang membadai dari kepulauan Carribbean sehingga ke kawasan pantai timur AS.

Menurut AFP, perintah yang dikeluarkan Gabenor Brian Kemp menyebut, sistem ribut itu berpotensi memberikan kesan buruk kepada rakyat di seluruh kawasan pantai di tenggara AS.

Terdahulu, Florida mengisytiharkan darurat di seluruh negeri menjelang ketibaan Taufan Dorian yang diramal pada Isnin.

Taufan itu diramal mendarat di timur Puerto Rico lewat kelmarin sebelum menyerang Florida atau Georgia pada hujung minggu.


Pengarang :