DYMM Tengku Permaisuri Norashikin menurunkan tandatangan pada salah sebuah buku pada majlis perlancarannya di Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang pada 26 Ogos 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Tengku Permaisuri Norashikin lancar tiga buah buku

RAWANG, 26 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli menyempurnakan pelancaran tiga buah buku terbitan Universiti Putra Malaysia (UPM) bersempena Ekspedisi Saintifik Biodiversiti DiRaja Taman Negeri Selangor Bukit Fraser, Daerah Hulu Selangor, Selangor.

Tiga buah buku itu ialah ‘Enchanted Orchids of Frazer’s Hill’ yang dihasilkan oleh Prof Dr Rusea Go (UPM), Dr Farah Alia (Universiti Sains Malaysia) dan Dato’ Dr Mohd Puat Dahalan (Jabatan Perhutanan Negeri Selangor).

Buku bertajuk ‘Wonders of Malaysian Orchid: Unveiling Vanilla Norashikiniana’ ditulis oleh Prof Dr Rusea Go (UPM) dan Dr Mohd Akmal Raffi (UMT) manakala buku ketiga ‘Reflections 25 Years of the Commonwealth Eco Forest Park’ ditulis oleh Sharifah Norizan Syed Isa.

Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menurunkan tandatangan di atas ketiga-tiga buku berkenaan pada majlis pelancaran di Taman Eko Rimba (TER) Komanwel.

Dalam majlis sama, baginda turut berkenan melawat Chenta Anggerik di Taman Eko Rimba (TER) Komanwel bagi menyaksikan dengan lebih dekat spesies orkid yang ditanam di sana.


Pengarang :