DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan pelepasan peserta acara berjalan 10,000 langkah dan kayuhan basikal sempena Karnival 3W Peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
BERITA UTAMA

Tengku Permaisuri sertai acara 10,000 langkah

SHAH ALAM, 4 OGOS : Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan untuk turut sama menyertai acara berjalan 10,000 langkah sempena Program Karnival 3W (Wellness, Welfare and Women), bersama rakyat Selangor hari ini.

Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyertai acara berjalan 10,000 langkah bersama rakyat sempena Karnival 3W Peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam hari ini.

Baginda yang mula berjalan dari Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada jam 7.30 pagi itu turut menyempurnakan pelepasan peserta kayuhan basikal Shah Alam Tanpa Kenderaan.

Permaisuri turut diiringi Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim serta hampir 2,000 peserta termasuk kanak-kanak.

Hadir sama ialah EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud dan isteri kepada Menteri Besar, Masdiana Muhamad.

Program itu adalah inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam untuk memberi pendedahan kepada orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan budaya bersukan khususnya warga Shah Alam.

Orang ramai juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk senamrobik, persembahan pentas, ‘wall climbing’ dan banyak lagi.


Pengarang :