AGENDANASIONAL

TNB tawar insentif sempena Hari Kebangsaan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 13 OGOS: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan insentif khas sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

TNB dalam kenyataannya memaklumkan, insentif yang diberikan sejak 2000 itu diberikan kepada semua pengguna perdagangan di bawah tarif B, C1 dan C2 yang sudah beroperasi sekurang-kurangnya setahun, untuk tempoh dua bulan iaitu Ogos dan September ini.

Ia membabitkan bangunan pencakar langit, bangunan pejabat, kompleks komersial, kompleks membeli-belah, hotel serta stesen minyak.

Insentif itu bertujuan menggalakkan pengguna perdagangan menerangi bangunan dan kawasan persekitaran masing-masing dengan lampu hiasan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62.

Pengguna yang layak boleh mendapatkan borang permohonan di semua Kedai Tenaga yang berhampiran atau melalui myTNB Self Service Portal, www.mytnb.com.my.

Tarikh tutup permohonan pada 15 September.

Kadar insentif adalah 20.8 sen/kWj (kadar tarif Neon dan Floodlight) bagi jumlah peningkatan penggunaan tenaga elektrik yang melebihi purata kegunaan tiga bulan yang diambil dari bulan Mei, Jun dan Julai 2019.


Pengarang :