Juara Kejohanan Futsal Pejabat Daerah Klang bergambar bersama Datuk Abdul Rashid Asari ketika Program Kejohanan Futsal Pejabat Daerah Klang di Sportizza Klang, Telok Gadong pada 18 Ogos 2019.-Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
SUKANKINI

Tornado muncul juara Piala Pejabat Tanah dan Daerah Klang 2019

KLANG, 18 OGOS: Pasukan Tornado dari Pelabuhan Klang muncul juara pada Kejohanan futsal Piala Pejabat Tanah dan Daerah Klang 2019 yang diadakan dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Dalam aksi final yang berlangsung di Sportizza, di sini, Tornado menewaskan pasukan Ikmal dengan 2-0, sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000.

Kapten, Hasrul Haffiz, 37 nyata gembira dengan pencapaian pasukannya yang berjaya di kejohanan itu.

Ketua pasukan Tornado FC(port klang), Hasrul Haffiz

Beliau turut berharap lebih banyak kejayaan mampu diraih oleh pasukkannya dalam pertandingan-pertandingan yang bakal disertai nanti.

“Kami selalu menjalani latihan di Shah Alam dan pasukan yang sama juga menyertai pelbagai kejohanan sebelum ini.

“Pada 31 Ogos ini, kami juga akan menyertai Piala Tun Dr Mahathir Mohamad, kami berharap dapat ke pusingan akhir,” katanya kepada SelangorKini.

Hasrul berkata, selain menyertai kejohanan di semua negeri, pasukannya berharap mampu ke peringkat yang lebih tinggi dan dapat mengharumkan nama negara.

Terdahulu, pasukan itu juga pernah menyertai kejohanan Raja Futsal, IM4U dan JenS Selangor.

Perlawan akhir pasukan Tornado FC menentang Ikmal Fc semasa Program Kejohanan Futsal Pejabat Daerah Klang di Sportizza Klang, Telok Gadong pada 18 Ogos 2019.-Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Tornado juga merangkul tempat ketiga di Kejohanan Raja Futsal dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Hadiah berkenaan disampaikan oleh EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Dato’ Abdul Rashid Asari.

Sebanyak 16 pasukan berentap bagi merebut kejuaraan Piala Pejabat Tanah Dan Daerah Klang itu.


Pengarang :