Trump
AGENDABERITA UTAMAGLOBALNASIONAL

Trump disambut penunjuk perasaan semasa lawatan ke Dayton, El Paso

WASHINGTON, 8 OGOS: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu lalu disambut dengan tunjuk perasaan semasa beliau berkunjung ke dua bandar lokasi lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang menyebabkan berpuluh-puluh orang yang tidak bersalah maut, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Di hentian pertama beliau, orang ramai membanjiri jalan-jalan di Dayton, Ohio iaitu lokasi sembilan orang terbunuh pada awal pagi Ahad lalu.

Rumah Putih menyifatkan lawatan itu sebagai peluang untuk menyatukan rakyat Amerika selepas tragedi tersebut, namun kebanyakan mereka yang berhimpun di kawasan popular hiburan malam di mana insiden tembakan rambang besar-besaran berlaku dan menempatkan hospital yang merawat pesakit,telah membawa papan tanda yang menggesa pembaharuan dalam akta senjata api serta mempertikai keberkesanan Trump dalam wacana kebangsaan.

Sekumpulan kecil penyokong Trump pula mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada presiden itu.

Setakat ini, 22 orang maut dalam insiden tembakan rambang secara besar-besaran berhampiran sempadan AS-Mexico yang dikategorikan penyiasat persekutuan sebagai kes keganasana domestik.

Suspek, Patrick Crusius yang berusia 21 tahun, telah ditahan selepas 20 orang maut manakala 26 lagi cedera dalam serangan itu. Dua mangsa yang cedera parah meninggal dunia di sebuah hospital pada Isnin.

-BERNAMA


Pengarang :