PBTSELANGOR

Tuntut segera kenderaan ditunda MPSJ bagi elak dilupus

SUBANG JAYA, 21 OGOS: Pemilik kenderaan yang ditunda di sekitar pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) digesa membuat tuntutan sebelum dilupuskan pada September ini.

MPSJ dalam kenyataan semalam berkata, sehingga kini, sebanyak 344 buah kenderaan ditunda atas pelbagai kesalahan meletak atau meninggalkan kenderaan mengikut Sekyen 46(1)(e) dan dibaca bersama Seksyen 46(3)(a) Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Pemilik kenderaan terbabit boleh membuat tuntutan dengan menunjukkan bukti pemilikan dan menjelaskan kos denda yang akan dikenakan dalam tempoh 30 hari daripada notis dikeluarkan sejak 14 Ogos lalu.

“Jika tiada tuntutan selepas tempoh berkenaan, kenderaan akan dilupuskan tanpa sebarang notis lain dikeluarkan,” katanya.

Katanya, pemilik kenderaan diminta menghubungi MPSJ di talian 03-8068 1240 atau hadir terus ke Pejabat Cawangan Puchong, Jalan Utama 2/10, Taman Perindustrian Maju Jaya Batu 14, Puchong di sini untuk membuat tuntutan.

“Mereka juga boleh menyemak senarai kenderaan yang ditunda di laman sosial Facebook @MP Subang Jaya atau laman sesawang MPSJ,” katanya.


Pengarang :