AGENDAGLOBAL

Turki selamat 22 migran di laut Aegean

MUGLA, 5 OGOS : Sekurang-kurangnya 22 migran tidak teratur telah diselamatkan di Laut Aegean berhampiran pantai barat daya Turki, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan sumber keselamatan pada Ahad.

Migran terbabit telah meminta bantuan Pengawal Pantai Turki apabila sebuah bot yang membawa mereka terkandas berhampiran daerah Datca dalam wilayah Mugla, kata sumber itu yang enggan dikenali.

Kesemua migran kebanyakannya rakyat Syria, Palestin dan Iraq telah dirujuk kepada pejabat migrasi wilayah.

Turki telah menjadi titik transit utama kepada migran tidak teratur yang berhasrat menyeberang ke Eropah bagi memulakan hidup baharu, terutama mereka yang melarikan diri akibat peperangan dan penganiayaan.

Menurut angka rasmi, hampir 180,000 migran tidak teratur telah ditahan setakat ini pada 2019. -BERNAMA


Pengarang :