Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman (lima, kiri) menyerahkan cenderahati kepada Yang Mulia David Mabumba selepas menerima kunjungan Menteri Pendidikan Republik Zambia itu di UNISEL. Foto UNISEL
AGENSISELANGOR

UNISEL terima kunjungan Menteri Pendidikan Republik Zambia

SHAH ALAM, 15 OGOS: Universiti Selangor (UNISEL) menerima kunjungan Menteri Pendidikan Republik Zambia, Yang Mulia David Mabumba, di Kampus Bestari Jaya, di sini, semalam.

Kedatangan beliau disambut Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, sekitar 11 pagi.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, kunjungan itu adalah salah satu lawatan antarabangsa bagi berkongsi maklumat pentadbiran dan sistem pengurusan universiti yang terbaik.

“Pada masa sama, kunjungan ini juga membuka ruang kerjasama strategik untuk memartabatkan pendidikan antara kedua-dua belah negara,” katanya melalui kenyataan di Facebook UNISEL, semalam.


Pengarang :