Pasukan keselamatan mengadakan rondaan di terminal kedatangan lapangan terbang di Chennai pada 28 September 2018. Foto AFP
AGENDA BERITA UTAMA GLOBAL

Wanita Malaysia ditahan di Chennai bersama 6.5kg emas

NEW DELHI, 27 OGOS: Seorang wanita rakyat Malaysia telah ditahan bersama emas seludup bernilai 25 juta rupee (RM1.47 juta) di lapangan terbang antarabangsa Chennai.

Pegawai kastam India, yang bertindak atas maklumat, telah menahan seorang penumpang pada Ahad selepas menemui 12 jongkong emas seberat 6.5kilogram di dalam bagasinya.

Wanita berusia 41 tahun itu memberitahu para pegawai Unit Perisikan Udara bahawa jongkong emas terbabit akan dihantar kepada seorang individu yang tidak dikenali di luar lapangan terbang tersebut, menurut siaran akhbar kastam pada Isnin.

K Saravanan, konsul jeneral Malaysia di Chennai, memberitahu Bernama bahawa pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat lebih lanjut kes itu.

Awal bulan ini, seorang lelaki rakyat Malaysia telah ditahan di lapangan terbang Chennai kerana disyaki cuba menyeludup berlian bernilai RM1.34 juta ke India.

– BERNAMA


Pengarang :