Pasukan bertanding bersama penaja selepas selesai undian Liga Juara-Juara Selangor (SCL) 2019 di Hotel Sunway Clio pada 14 September 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

16 pasukan berentap dalam SCL 2019

SUBANG, 15 SEPT: 16 pasukan bakal berentap dalam edisi keempat Liga Juara-Juara Selangor (SCL) 2019 bagi merebut satu slot pusingan kelayakan ke Piala FA Malaysia 2020.

Dalam majlis undian diadakan di Hotel Sunway Clio malam tadi, juara bertahan edisi 2018, Puchong Fuerza FC diundi dalam kumpulan A bersama juara Liga Perdana Sosial Selangor M4 dan juara Liga Lembah Klang M4 yang masih berlangsung.

Bagaimanapun naib juara, Port Klang Kru tidak menyertai pertandingan kali ini selepas terkandas dalam pusingan kelayakan sebelumnya.

Pasukan pilihan, SA Klasiko FC mengisi slot kumpulan B dalam undian Liga Juara-Juara Selangor (SCL) 2019 di Hotel Sunway Clio pada 14 September 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Pertandingan ini turut dihangatkan dengan penyertaan pasukan jemputan, Belia Selangor yang dibarisi pemain skuad bawah 19 tahun Selangor.

Belia Selangor diundi dalam kumpulan B bersama Kajang MPKJ The Lions, Subang Protap II FC, NPNG FC Damansara Damai dan MBSA FC.

Undian yang disaksikan pengurus pasukan mengambil bahagian itu dijalankan oleh wakil Semuanya Bola, Komuniti Belia Selangor (SYC), Pemerbadanan Menteri Besar Selangor dan Kaki Jersi.

Piala Liga Juara_juara Selangor (SCL) 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Pertandingan akan berlangsung minggu hadapan hingga Disember nanti itu turut menawarkan hadiah wang tunai RM14,000 dan piala iringan.

Berikut adalah senarai penuh pasukan yang diundi dalam kumpulan A dan kumpulan B.

Kumpulan A

Puchong Fuerza FC
Juara SSPL M4
Juara KVL M4
Cyberjaya Teleflow FC
Kuala Selangor Batu Dua FC
Kingstown Klang FC
SA PIB FC
Bangi Jang’s Trooper FC

Kumpulan B

Belia Selangor (u19)
Kajang MPKJ The Lions
Subang Protap II FC
NPNG FC Damansara Damai
MBSA FC
SLB UP FC
Bukit Kapar FC
SA Klasiko FC


Pengarang :