Peserta bergambar bersama Amirudin Shari selepas menerima sijil penyertaan sempena Program Gotong-Royong Merdeka 2019 Peringkat Kampung Sungai Tua Baharu, Batu Caves . Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

800 penduduk sertai Karnival Sukan Kampung Sungai Kertas

OLEH: ALIFF HAIKAL

BATU CAVES, 8 SEPT: Karnival Sukan Anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sungai Kertas (MPKK) menerima 800 penyertaan dari penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Tua, hari ini.

Pengerusi MPKK, Jamil Azaman berkata, karnival yang berlangsung selama dua hari itu bertujuan mewujudkan semangat kerja berpasukan, menyemarakkan semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan di antara ahli jawatankuasa program.

“Terdapat empat permainan yang dipertandingkan iaitu futsal, sepak takraw, bola jaring dan ping pong.

“Karnival sukan ini dianjurkan buat kali pertama dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Luar Bandar,” katanya kepada SelangorKini.

Hadir merasmikan program itu ialah Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Jamil berkata, kebanyakan penyertaan yang diterima membabitkan golongan belia berusia dari 13 hingga 40 tahun.

“Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan peserta dalam penganjuran karnival sukan pada kali ini,” katanya.


Pengarang :