Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

ASEAN perlu terus diperkukuh

PHNOM PENH, 2 SEPT: Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, ASEAN kekal sebagai kumpulan serantau yang relevan di dunia dan perlu memperkukuh kerjasama dalam menghadapi pelbagai cabaran dan pengaruh kuasa-kuasa besar.

Beliau berkata, banyak pihak mungkin mendakwa ASEAN hari ini tidak seaktif dahulu, tetapi mereka tidak boleh nafikan hakikat bahawa blok ekonomi 10 negara anggota itu adalah antara segelintir kumpulan serantau yang telah dapat meneruskan kelangsungannya sehingga kini.

“Jika satu daripada kita (negara-negara anggota ASEAN) melibatkan diri dalam rundingan antarabangsa, ini tidak membawa banyak kesan dan pengaruh dalam hujahan.

“Oleh itu adalah lebih baik kita adakan perbincangan sebagai ASEAN dan bergerak sebagai satu kumpulan mewakili 10 negara anggota.

“Bagaimanapun, jika anda lihat pada banyak rantau di dunia, anda akan dapati ASEAN adalah satu di antara segelintir rantau damai dan stabil di dunia kerana kita bekerjasama.

“ASEAN masih tetap relevan dan saya harap ia terus memperkukuh dirinya menerusi kerjasama lebih luas dalam kalangan negara-negara anggota,” kata beliau.

– BERNAMA


Pengarang :