Pencemaran udara di Beijing yang dirakam pada 15 Oktober 2018. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Beijing bakal terkeluar senarai bandar tercemar dunia

SHAH ALAM: Beijing, ibu negara China bakal dikeluarkan daripada senarai 200 bandar paling tercemar di seluruh dunia pada tahun ini.

Menurut Reuters, ini berikutan kandungan asap berbahaya di Beijing turun ke tahap paling rendah pada Ogos lalu, berdasarkan data IQAir AirVisual yang dikeluarkan hari ini.

Data syarikat teknologi kualiti udara Switzerland itu turut mencatatkan sejenis partikel berbahaya kepada paru-paru iaitu dikenali sebagai PM2.5 bakal berkurangan hampir 20 peratus pada tahun 2018 atau hampir sepertiga berbanding tahun 2017.

Republik itu berusaha membersihkan udara di ibu negaranya sejak tahun 2014. Antara langkah diambil ialah menutup atau memindahkan kilang, mempertingkatkan standard bahan bakar dan mengurangkan penggunaan arang di kawasan bandar dan kawasan sekitarnya.


Pengarang :