SELANGOR

Bekas wartawan SelangorKini meninggal dunia

SHAH ALAM, 11 SEPT: Bekas wartawan SelangorKini, Ermizi Muhammad, 28, disahkan meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perkara itu dimaklumkan rakan setugas beliau menerusi aplikasi WhatsApp sekitar jam 1.30 petang.

Allahyarham sebelum itu difahamkan berada di HKL bagi menerima rawatan akibat jangkitan kuman di paru-paru dan ditempatkan di zon merah selepas tidak sedarkan diri.

Ermizi yang berasal dari Johor merupakan Penolong Editor di akhbar Suara Keadilan.


Pengarang :