Sekumpulan pekerja berdiri di luar bangunan pejabat mereka selepas gempa berukuran 5.2 magnitud melanda Manila pada 13 September 2019. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Gempa di Filipina tidak jejaskan rakyat Malaysia

PUTRAJAYA, 30 SEPT: Wisma Putra mengesahkan tiada laporan berhubung rakyat Malaysia yang terjejas ekoran gempa bumi di Jose Abad Santos, selatan Filipina, semalam.

Laporan media menyebut gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda wilayah Davao Occidental di selatan Filipina, pada Ahad pagi.

Menurut Philippine Institute of Volcanology and Seismology (PHIVOLCS), tiada kerosakan besar dilaporkan tetapi gempa bumi itu dijangka mengakibatkan beberapa gempa susulan.

“Kementerian Luar memantau perkembangan berikutan gempa bumi itu,” menurut kenyataan kementerian berkenaan hari ini.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular supaya menghubungi Konsul Jeneral Malaysia di Davao City.

-BERNAMA


Pengarang :