ADNSELANGOR

Hari keluarga medium erat hubungan masyarakat – Ir Izham

OLEH ALIFF HAIKAL

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Hari Keluarga Pandan Jaya anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah, hari ini menerima sambutan meriah dengan penglibatan masyarakat berbilang bangsa.

Ahli Dewan Negeri Pandan Indah, Ir Izham Hashim berkata, program dengan kerjasama Persatuan Penduduk Pandan Jaya Utara itu juga wajar dicontohi komuniti setempat yang lain.

“Ternyata program kemasyarakat seumpama ini mampu mengeratkan lagi hubungan masyarakat yang sedia terjalin antara penduduk tanpa mengira bangsa, budaya dan agama.

“Dengan pengisian program yang menarik, acara seumpama ini juga wajar diperbanyakkan lagi di masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui SelangorKini selepas merasmikan Hari Keluarga Pandan Jaya, di Padang Rekreasi Jalan Persiaran Pandan 7, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Jaya Utara, Ayob Ibrahim dan Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat Pandan Indah, Nariza Zain.

Terdahulu, program yang bermula seawal 8 pagi itu menyajikan pelbagai aktiviti menarik antara senaman zumba, poco-poco, pertandingan mewarna dan pertandingan futsal untuk kanak-kanak, mewarna batik serta menghias pulut kuning.


Pengarang :