Selangorkini
Jabatan Alam Sekitar merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Selangor masih mencatatkan bacaan tidak sihat dan sederhana
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Johan Setia catat IPU tidak sihat

SHAH ALAM, 8 SEPT: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Selangor masih mencatatkan bacaan tidak sihat dan sederhana.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Johan Setia mencatatkan IPU tidak sihat iaitu pada kadar 123.

Manakala, beberapa kawasan lain di tahap bacaan sederhana antara 51 hingga 100.

Antaranya, Kuala Selangor (83); Klang (87); Petaling Jaya (96) dan Banting (88).

Sementara itu, tiga kawasan di Sarawak mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Sri Aman (232), Samarahan (204) dan Kuching (227).

Manakala, enam kawasan lain di Sarawak mencatatkan bacaan tidak sihat.

Sebanyak 58 stesen mencatatkan bacaan sederhana seluruh Malaysia.

Terdahulu, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam kenyataan berkata, kualiti udara dijangka akan mencapai tahap tidak sihat.

“Orang awam dinasihatkan supaya mengurangkan dan hadkan aktiviti luar serta meminum air yang banyak.

“Justeru itu, orang awam dinasihatkan juga supaya menggunakan penutup muka (facemask) bagi mengurangkan kesan pencemaran terhadap sistem pernafasan.

“Semua agensi diminta dalam keadaan waspada terhadap risiko berlakunya pembakaran terbuka,” katanya.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).


Pengarang :