AGENDANASIONAL

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan berjumlah RM26.19 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.98 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional terdiri daripada RM1 bilion bagi tujuh hari dan RM500 juta bagi 14 hari, dan tiga tender Qard terdiri daripada RM1.5 bilion bagi tujuh hari, RM1 bilion bagi 14 hari dan RM1.1 bilion bagi 32 hari.

BNM juga akan menawarkan satu tender repo berbalik bernilai RM495 juta bagi 32 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM25.2 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM14.4 bilion.

– BERNAMA


Pengarang :