AGENDANASIONAL

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil

KUALA LUMPUR, 12 SEPT: Kadar jangka pendek diunjurkan stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan RM29.10 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.094 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional yang masing-masing bernilai RM2 bilion untuk tujuh hari dan 14 hari.

BNM juga akan mengeluarkan tender Qard bagi lelongan julat tempoh matang Islam bernilai RM4.5 bilion untuk lima hingga 21 hari.

Pada 4 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional sehingga RM25.1 bilion dan tender semalaman Murabahah RM15.6 bilion.

– BERNAMA


Pengarang :