AGENDANASIONAL

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil

KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan berjumlah RM23.68 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.92 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada RM1 bilion untuk tujuh hari dan RM500 juta bagi 14 hari, selain satu tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam RM4.2 bilion untuk tujuh hari hingga 31 hari.

BNM juga akan mengeluarkan tender repo berbalik RM330 juta bagi 31 hari dan Bil-bil Antara Bank BNM RM500 juta untuk 91 hari.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional RM22.5 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM13.7 bilion.

– BERNAMA


Pengarang :