AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Keadaan jerebu di seluruh negara beransur pulih

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Keadaan jerebu bertambah baik hampir di kesemua kawasan pada tengah malam tadi dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus mencatatkan penurunan.

Bagaimanapun, Sri Aman, di Sarawak masih lagi mencatatkan paras bahaya walaupun merekodkan penurunan bacaan IPU daripada 405 pada 7 malam tadi kepada 379, setakat 11 malam tadi.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), hanya kawasan Kuching yang masih berada di tahap sangat tidak sihat iaitu 212 pada jam 11 malam berbanding 226 sebelum ini.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com

-BERNAMA


Pengarang :