AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kertas ujian PT3, PAV pada 30 September ditangguh ke 3 dan 9 Oktober

KUALA LUMPUR, 28 SEPT: Kertas Bahasa Melayu (BM) 1 dan 2 bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada Isnin, 30 September ini ditunda ke 9 Oktober manakala kertas BM Komunikasi serta English for Communication pada hari yang sama bagi Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ditangguh ke 3 Oktober.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui kenyataan yang dikeluarkan malam ini berkata, penangguhan itu dibuat kerana 29 dan 30 September 2019 diisytiharkan sebagai cuti peristiwa di Kelantan sebagai menghormati perkabungan kemangkatan Sultan Ismail Petra.

Susulan kemangkatan Sultan Kelantan ke-28 itu awal hari ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan cuti peristiwa pada kedua-dua hari itu bagi Kelantan.

– BERNAMA


Pengarang :