AGENSISELANGOR

Kualiti udara di Selangor hampir cecah paras tidak sihat

SHAH ALAM, 4 SEPT: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor hampir mencecah paras tidak sihat, menurut laporan Jabatan Alam Sekitar, hari ini.

IPU di Johan Setia Klang menunjukkan bacaan pada skala 97, sehingga 12 tengahari tadi sementara paras kualiti udara tidak sihat ialah pada skala 101.

Beberapa lokasi lain di negeri ini pula menunjukkan bacaan kualiti udara pada tahap sederhana antaranya Banting (85), Klang (80), Petaling Jaya (80) dan Shah Alam (78).

Sementara itu, bacaan IPU tidak sihat dicatatkan di Miri, Sarawak iaitu 155.

IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk maklumat lanjut berhubung bacaan IPU terkini di seluruh negara, orang ramai boleh layari apims.doe.gov.my


Pengarang :