Pemandangan bandar Klang yang berjerebu dan dirakam dari bangunan Majlis Perbandaran Klang. Foto ASRI SAPFIE/ SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kualiti udara lima lagi lokasi di Selangor semakin teruk

SHAH ALAM, 16 SEPT: Lima lokasi di Selangor iaitu Banting, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Selangor dan Klang berisiko mencecah kualiti udara sangat tidak sihat ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin meningkat sejak pagi tadi.

Sebelum ini hanya Johan Setia di Klang menunjukkan kualiti udara semakin buruk. Namun keadaan jerebu yang semakin teruk melanda pesisir bantai barat Semenanjung telah memberi kesan kepada lima kawasan tersebut.

Berdasarkan laporan IPU pada jam 5 petang tadi, bacaan IPU di Shah Alam meningkat kepada 176 berbanding 85 pada pukul 6 petang semalam.

Sementara itu, di Klang dalam tempoh sama bacaan IPU daripada 87 naik kepada 169, Petaling Jaya 91 kepada 160, Banting dari 129 kepada 160 dan Kuala Selangor 77 kepada 124.

Bagi Johan Setia, Klang pula bacaan IPU terus menunjukkan kualiti udara sangat tidak sihat iaitu mencecah 221 pada petang ini.


Pengarang :