Sebahagian peserta mengambil gambar di hadapan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz selepas mengadakan lawatan di situ, pada 26 September 2019. Foto SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Lawatan ke Istana Alam Shah kenali sejarah kesultanan Selangor

OLEH ALIFF HAIKAL

KLANG, 26 SEPT: Seramai 45 peserta daripada pelbagai agensi dibawa melawat Istana Alam Shah, di sini bertujuan untuk mengenali sejarah kesultanan Selangor.

Program setengah hari itu disertai kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor, Communication Corporation Sdn Bhd, KDEB Waste Management dan wakil dari pejabat EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan.

Pemangku Pengurus Besar Tourism Selangor, Zaim Nashir ketika ditemui berkata, peserta didedahkan berhubung adat istiadat dan protokol di istana Selangor.

“Program ini adalah lanjutan daripada kursus protokol yang diadakan baru-baru ini dengan peserta dibawa melawat Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz untuk sesi penerangan dan pameran barangan antik kesultanan Selangor,” katanya kepada SelangorKini.

Istana Alam Shah adalah tempat Sultan Selangor menjalankan tugasan rasmi dan adat istiadat membabitkan institusi diraja.

Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor diiktiraf sebagai pengurusan istana pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records, pada 26 Jun lalu.


Pengarang :