BERITA UTAMA

MB kunjungi Gabenor Jakarta

SHAH ALAM, 6 SEPT: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari melakukan kunjungan
hormat ke atas Gabenor Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta, Anies Rasyid
Baswedan, semalam.

Amirudin menerusi laman Twitternya memaklumkan, pertemuan itu berlangsung
kira-kira sejam setengah di pejabat Anies.

“Pertemuan bersama Bapak @aniesbaswedan, Gabenor DKI Jakarta di pejabat Anies. Kami berbincang hampir sejam setengah mengenai soal kerjasama antara Selangor dan Jakarta dari segi pertukaran maklumat dan teknologi membangunkan wilayah,” tulisnya di Twitter.

Terdahulu, Amirudin turut mengadakan lawatan ke Shenzen, China bagi menumpukan usaha menarik pelaburan dari negara itu.

Pada masa sama, Kerajaan Selangor juga akan memperkukuhkan persediaan daripada
segi jalur lebar untuk menarik lebih banyak pelaburan, sekali gus menjana lebih banyak peluang pekerjaan di Selangor.


Pengarang :