PBTSELANGOR

MBPJ adakan hari bertemu pelanggan Sabtu ini

PETALING JAYA, 5 SEPT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bakal mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada Sabtu ini.

Berdasarkan kenyataan MBPJ, program itu akan diadakan dari jam 10 pagi hingga 4 petang di Pasaraya Giant Kota Damansara.

“Program Hari Bertemu Pelanggan ini adalah komitmen MBPJ dalam menyediakan landasan kepada masyarakat.

“Ia juga sebagai peluang kepada penduduk Petaling Jaya untuk bertemu dengan pihak pengurusan Majlis bagi menyalurkan dan memberi maklum balas berkaitan aduan,” petik kenyataan itu.


Pengarang :