AGENDANASIONAL

MBR iktiraf LSK sebagai pengeluar tilam semula jadi terbesar

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Malaysia Book of Records (MBR) mengiktiraf pakar tilam lateks asli, LSK (Lee Swee Kiat Group Bhd) dengan anugerah ‘Pengeluar Tilam Semula Jadi Terbesar di Malaysia’, baru-baru ini.

LSK ialah syarikat senaraian di Bursa Malaysia, menurut kenyataan.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok adalah tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Anugerah MBR itu.

Bagi meraikan kejayaan itu, LSK turut mengumumkan Amber Chia sebagai Duta Jenama Napure.

Para tetamu diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertunjukan fesyen diperbuat daripada lateks dan Latex Jump Challenge, pada acara itu.

Sementara itu pada pertunjukan fesyen berkenaan, Chia dan anaknya memperagakan pakaian dan aksesori diperbuat daripada Lateks Asli Napure, hasil ciptaan pereka paling muda yang diiktiraf oleh MBR, Amelia Lee.

Diwujudkan sejak 1975, LSK menggunakan lateks asli daya emparan yang merupakan komoditi dan menukarnya kepada produk tilam lateks nilai tambah tinggi di bawah jenama Napure, tilam jenama berdaftar di Jerman yang menawarkan tilam diperbuat daripada lateks asli 100 peratus.

Untuk maklumat lanjut, layari www.lsk.com.my.

-BERNAMA


Pengarang :