Amirudin Shari memberi penerangan kepada pelajar UITM berkenaan laluan baharu Bas Smart Selangor pada majlis Perasmian Terminal Bas Seksyen 17 Shah Alam & Pelancaran Laluan Tambahan Bas Smart Selangor SA04 ke UITM Shah Alam di Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam pada 18 September 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI.
AGENSIPILIHAN MINGGUANSELANGOR

MBSA rancang bina terminal bas di Seksyen 13

SHAH ALAM, 18 SEPT: Kerajaan Negeri mendukung usaha Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mewujudkan satu lagi terminal bas di Seksyen 13.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, cadangan berkenaan seiring dengan pembangunan pesat di kawasan itu.

“Selain Seksyen 17, kawasan di Seksyen 13 adalah kawasan yang rancak membangun dengan kewujudan institusi pengajian tinggi, perniagaan dan perumahan.

“Oleh itu, dengan kemajuan berkenaan menjadikan Seksyen 13 sebagai pusat tumpuan ketika ini dan dijangka terus membangun pada masa hadapan,” katanya.

Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam yang dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor pada 18 September 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Terminal 17 dan Pelancaran Laluan Tambahan Bas Smart Selangor (SA04) Shah Alam ke Kampus UiTM, di Terminal Bas Seksyen 17, di sini.

Hadir sama, EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han dan EXCO Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail.

Turut hadir Datuk Bandar MBSA, Dato’ Haris Kasim.

Sehubungan itu, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri menyambut baik usaha pelaksanaan berkenaan dalam memberi kemudahan terbaik kepada penduduk Selangor.

“Pastinya usaha ini memerlukan perbincangan lebih lanjut antara pelbagai agensi lain. Bagi pihak Kerajaan Negeri, Kita tiada masalah,” katanya.

Terdahulu, Haris berkata, MBSA akan membuat perancangan untuk membina sebuah lagi terminal bas di Seksyen 13 menerusi Rancangan Malaysia ke 12.


Pengarang :