AGENSISELANGOR

PAKSI anjur Sayembara Menulis Puisi Merdeka dan Perpaduan

SHAH ALAM, 4 SEPT: Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) dengan kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE) menganjurkan program ‘Sayembara Menulis Puisi Merdeka dan Perpaduan’ bermula dari 22 Ogos hingga 13 September ini.

Ketua Penerangan PAKSI, Mohamed Nasser Mohamed berkata, program itu diwujudkan bagi melahirkan aktivis atau penyair mapan berkualiti dan berfungsi menyuarakan suara serta keluhan rakyat.

“Program ini juga bertujuan untuk menyedarkan rakyat serta pemimpin tentang kepentingan kemerdekaan dan kedaulatan negara agar dapat difahami dengan jelas”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, penganjuran itu bertujuan melebarkan pemahaman dan pengertian merdeka yang kini kurang difahami masyarakat khususnya generasi muda, selain menarik minat peminat sastera untuk terus aktif melahirkan puisi bermutu.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Mohamed Nasser di talian 012-2787558 sekiranya memerlukan maklumat lanjut. Penyertaan boleh diemelkan ke: [email protected].

PAKSI adalah sebuah persatuan seni budaya yang berdaftar dan aktif menjalankan pelbagai program seni serta kesusasteraan.


Pengarang :