Keadaan sekitar kota Palembang, Sumatera Selatan diliputi jerebu yang dirakam dari udara pada 20 September 2019. Foto AFP
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pelajar Malaysia dipindah ke KL, Jakarta

JAKARTA, 24 SEPT: Ratusan pelajar Malaysia yang berada di Riau, yang kini diisytiharkan darurat jerebu, dipindahkan ke Kuala Lumpur dan Jakarta hari ini.

Untuk peringkat pertama, seramai 40 pelajar berlepas ke Kuala Lumpur dari Pekanbaru menggunakan pesawat AirAsia AK430 pada 10.55 pagi dan tiba 12.50 tengah hari waktu Malaysia.

“Peringkat kedua, seramai 31 pelajar, menerusi penerbangan AirAsia jam 4.15 petang, berlepas dari Pekanbaru ke Kuala Lumpur dan tiba 6.10 petang,” katanya.

Jurucakap itu berkata, bagi pelajar Malaysia yang dipindah ke Jakarta, menggunakan pesawat Batik Air ID6849, seramai 35 orang ke Jakarta dari Pekanbaru, pada 5 petang dan tiba 6.45 petang.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam, seramai 280 pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi, Indonesia dipindahkan ekoran pengumuman darurat di Riau akibat jerebu.

Daripada jumlah tersebut, 160 pelajar dibawa pulang ke Malaysia manakala 120 dipindahkan ke Dewan Malaysia di Jakarta, kata NADMA.

Ia membabitkan 183 pelajar di Pekanbaru dan 97 di Jambi.

– BERNAMA


Pengarang :