Keadaan jerebu di Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya yang belum menunjukkan tanda-tanda untuk pulih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Perbarisan Hari Pahlawan ditangguh

PUTRAJAYA, 18 SEPT: Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 yang dijadualkan esok di Dataran Pahlawan Negara di sini ditangguhkan berikutan keadaan jerebu yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang sangat tidak sihat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri hari ini, acara-acara lain seperti Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat serta Khutbah Khas dan Solat Jumaat sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 diteruskan mengikut jadual.

Setakat pukul 1 tengah hari ini, IPU di Putrajaya mencatatkan bacaan tahap sangat tidak sihat iaitu 200.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

– BERNAMA


Pengarang :