AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rakyat diajak bentuk masa depan Malaysia – Gobind

KUALA LUMPUR, 15 SEPT: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama membentuk masa depan negara yang lebih progresif dan memberi kesejahteraan mampan kepada rakyat selaras dengan sambutan Hari Malaysia, esok.

“Saya amat berharap semangat menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang penuh bermakna dan bersejarah ini dapat menyemarakkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat negara kita,” katanya menerusi catatan di laman Twitter dan Facebook rasmi beliau.

Beliau pada masa yang sama juga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat negara ini.

Sambutan Hari Malaysia 2019 akan berlangsung di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak dengan acara utama yang dirancang termasuk persembahan 300 dram, permainan bayang dan perarakan.

– BERNAMA


Pengarang :