Pemain Melaka, Jang Sukwon (depan, kanan) cuba mengejar bola dari pemain Selangor, Mohd Khyril Muhymeen Zambri (depan, kiri) dalam perlawanan Piala Malaysia 2019 di Stadium Shah Alam pada 14 September 2019. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Saingan masih terbuka, Selangor wajib menang ke atas Felda

SHAH ALAM, 15 SEPT: Meskipun cuma berbaki satu perlawanan, namun bayangan pasukan Kumpulan D manakah bakal mengisi dua slot suku akhir Piala Malaysia 2019 masih kabur.

Hal ini berikutan nasib pasukan Melaka, Selangor, Felda United dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masing-masing akan ditentukan dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan.

Setakat perlawanan kelima malam tadi, Melaka yang mengungguli Kumpulan D berkongsi tujuh mata dengan Selangor di tangga kedua dan Felda United ketiga.

Bagaimanapun tiga pasukan terbabit hanya dibezakan dengan defisit jaringan.

Manakala, PDRM yang menghuni tangga tercorot dengan lima mata turut berpeluang ke suku akhir sekiranya menang ke atas Melaka.

Sementara itu, di Stadium Shah Alam malam tadi, Selangor mensia-siakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila sekadar mencatatkan keputusan seri satu sama dengan Melaka.

Selangor terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Mohd Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-38 sebelum gol penyamaan oleh Saiful Ridzuwan Selamat pada minit ke-48.

Keputusan ini menjadikan Selangor wajib menang ke atas Felda United bagi menjamin tempat ke suku akhir.


Pengarang :