AGENSISELANGOR

Sambutan Hari Pahlawan peringkat Selangor tangguh

SHAH ALAM, 18 SEPT: Istiadat Kalungan Bunga Sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Selangor Tahun 2019 ditangguhkan ekoran jerebu yang semakin buruk di negeri ini.

Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor dalam kenyataan memaklumkan, istiadat itu sebelum ini ditetapkan pada 19 September di pekarangan Tugu Peringatan, Shah Alam.

“Namun, ia terpaksa ditangguhkan memandangkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat,” kata kenyataan itu.

Dilaporkan, bacaan IPU setakat jam 6 petang tadi di Johan Setia, Klang mencatatkan 258, Shah Alam (216), Petaling Jaya (207), Klang (198), Kuala Selangor (192) dan Banting (180).

IPU 0-50 bermaksud kualiti udara yang baik, 51-100 adalah sederhana, 100 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 300 dan ke atas memberi amaran berbahaya untuk kesihatan.


Pengarang :