PBTSELANGOR

SAOW di AEON Seksyen 13 esok

OLEH ALIFF HAIKAL

SHAH ALAM, 13 SEPT: Warga bandar raya Shah Alam berpeluang melunaskan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun serta membuat aduan di Pejabat Bergerak, Shah Alam On Wheel (SAOW) yang beroperasi di perkarangan parkir AEON Mall, Seksyen 13, di sini, esok.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, kesemua urusan itu boleh dilakukan bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

“Pejabat bergerak ini menyediakan kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun letak kereta, kaunter aduan dan jualan kupon parkir.

“SAOW adalah inisiatif MBSA memudahkan orang ramai untuk berurusan pada cuti hujung minggu tanpa perlu datang ke kaunter pembayaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shahrin berkata, melalui perkhidmatan ini, MBSA berharap ia dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :