Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
AGENSISELANGOR

SAOW di Plaza Shah Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 25 SEPT: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Plaza Shah Alam, Seksyen 9, di sini, pada Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, waktu pengoperasian pejabat bergerak itu bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

“Perkhidmatan SAOW disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta dan kaunter aduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrin berkata, perkhidmatan itu diharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :