BUDAYA RENCANA

Secalit gincumu di bibir demokrasi

Ini malam pucat
sepucat bibirmu
tanpa secalit gincu kau
relakan bibirmu
dikucup malam
bergelora ombak
di dadamu.

Malam ini tak seindah
kelmarin pagi
kutang keghairahan
terlucut di dada demokrasi.

Walau malam bergincu bulan
Aku tak percaya padamu.

Baharuddin Sairi
Sungai Nibong, Sekinchan


Pengarang :