Dr Muhammed Abdul Khalid menyampaikan pandangan dan cadangan beliau dalam Dialog Bajet 2020 : Pemberdayaan Ekonomi ke Arah “Selangor Maju Besama” berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Selangor harus mantapkan industri aeroangkasa, keselamatan

SHAH ALAM, 10 SEPT: Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, Selangor perlu mengambil peluang untuk memantapkan industri aeroangkasa dan keselamatan serta memanfaatkan Tahun Melawat Malaysia 2020 ketika berdepan suasana ekonomi tidak menentu.

Menurutnya, beliau berpandangan pertumbuhan ekonomi pada tahun hadapan bertambah sukar disebabkan faktor politik.

“Faktor utama (pertumbuhan ekonomi perlahan) politik. Brexit, (perang dagang) Korea-Japan dan serba sedikit di Malaysia. Pertumbuhan ekonomi tahun depan (dijangka) sukar.

“Selangor perlu ambil peluang teroka industri aeroangkasa dan keselamatan. Tenaga kerja harus dilahirkan di sini.

“Tahun hadapan adalah Tahun Melawat Malaysia, duit masuk dan boleh mengurangkan impak kelembapan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Dialog Bajet 2020 Pemberdayaan Ekonomi Ke Arah ‘Selangor Maju Bersama’ di Hotel Concorde.

Dr Muhammed berkata, Selangor perlu menjadikan negara maju sebagai kayu pengukur di samping memberikan kebebasan minda kepada rakyat untuk menegur jika pemimpin melakukan kesilapan.


Pengarang :