EXCOSELANGOR

Selangor tuan rumah Karnival Penjaja 2019

SHAH ALAM, 5 SEPT: Selangor dipilih sebagai tuan rumah menganjurkan Karnival
Penjaja 2019 bagi peringkat Zon Tengah yang akan berlangsung pada Oktober ini.

EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, karnival yang akan diadakan di Shah Alam itu bakal menghimpunkan ribuan penjaja dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Dijangka Karnival anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna itu akan menarik ribuan penjaja dari tiga negeri tersebut.

“Antara acara pada karnival tersebut termasuklah konvensyen penjaja bagi
membincangkan dan mencadangkan sesuatu isu dan mengenai gerai jualan
perniagaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Dialog Membincangkan Masa Depan Penjaja dan
Peniaga Kecil Dalam Aspek Pembangunan Usahawan Mikro Selangor di Menara Bank
Rakyat di sini, hari ini.

Rodziah berkata, karnival tersebut dibuka kepada semua penjaja dan tidak
semestinya mereka perlu melalui persatuan masing-masing.

Katanya, pada karnival itu kerajaan juga akan menerangkan dasar terkini selain
memberi peluang baru kepada peniaga.


Pengarang :