Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

‘Shah Alam On Wheel’ di AEON Bukit Rimau Sabtu ini

OLEH ALIFF HAIKAL JOHARI

SHAH ALAM, 3 SEPT: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) akan beroperasi di perkarangan parkir Pasaraya AEON Big Bukit Rimau, Seksyen 32, Shah Alam pada 7 September ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, pejabat itu akan dibuka bermula 11 pagi hingga 5 petang.

“SAOW adalah salah satu inisiatif yang diwujudkan MBSA bagi memudahkan orang ramai untuk berurusan pada cuti hujung minggu tanpa perlu datang ke kaunter pembayaran.

“Pejabat bergerak ini menyediakan kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, katanya, MBSA berharap perkhidmatan itu dapat mengukuhkan lagi sistem perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan terbabit untuk kebaikan masyarakat.


Pengarang :