Ustaz Dato’ Nizam Kamaruzzaman menyampaikan ceramah dalam Program Penghayatan Islam Bulanan Penjawat Awam Selangor anjuran Pejabat Menteri Besar Selangor di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar pada 19 September 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMA SELANGOR

Solat hajat atasi jerebu di Kediaman Rasmi MB

SHAH ALAM, 20 SEPT: Solat sunat hajat bagi mengatasi masalah jerebu diadakan di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar malam tadi.

Solat itu yang disertai kira-kira 100 orang itu dijalankan selepas solat Isyak pada Program Penghayatan Islam Bulanan Selangor anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar.

Sebelum itu, pencermah jemputan terkenal, Ustaz Mohd Nizam Kamarulzaman menyifatkan Selangor sebagai negeri yang diberkati Allah disebabkan dasar Kerajaan Negeri dalam meningkatkan majlis ilmu dan keagamaan.

Amirudin Shari bersama penjawat awam mengadakan solat hajat selepas selesai solat Isyak secara berjemaah dalam Program Penghayatan Islam Bulanan Penjawat Awam Selangor anjuran Pejabat Menteri Besar Selangor di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar pada 19 September 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Beliau berkata, penceramah agama di negeri itu diberi kebenaran berceramah asalkan mematuhi garis panduan supaya tidak terkeluar daripada landasan Islam sebenar.

“Di era serba maju ini pelbagai perkara tidak baik berlaku tetapi bayangkan pula jika ceramah agama tidak dibenarkan sama sekali sudah tentu keadaan lebih buruk,” katanya.

Program Penghayatan Islam Bulanan Selangor kali ini turut dihadiri penjawat awam dari Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Program itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan beberapa pegawai tinggi Kerajaan Negeri.


Pengarang :