Sultan Ismail Petra, mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 28 September 2019. Foto Bernama.com
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan Ismail Petra mangkat

KOTA BHARU, 28 SEPT: Sultan Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pukul 8.11 pagi ini.

Pengumuman kemangkatan Sultan Ismail Petra, 69, yang juga ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darul Naim di sini.

Beliau berkata jenazah Baginda akan dibawa ke Istana Balai Besar di sini untuk istiadat penghormatan terakhir dan istiadat pemakaman akan dilangsungkan selepas solat Asar di Makam Diraja Langgar di sini.

Ahmad berkata, sehubungan itu tempoh perkabungan kemangkatan Sultan Ismail Petra akan bermula hari ini.

Beliau juga berkata Ahad dan Isnin ini (esok dan lusa) diumumkan sebagai cuti peristiwa di seluruh negeri Kelantan sebagai menghormati kemangkatan Baginda.

Sultan Ismail Petra memerintah Kelantan dari 30 Mac 1980 sehingga Mei 2009.

Baginda kemudiannya digantikan putera sulungnya Sultan Muhammad V sebagai Sultan Kelantan, akibat gering.

-BERNAMA


Pengarang :