Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kanan) berkenan menerima zakat perniagaan daripada Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Berhad, Datuk Seri Azahari Moahamed Kamil (tiga, kiri) berjumlah RM2.36 juta di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, pada 27 September 2019. – Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan RM7.8 juta

SHAH ALAM, 27 SEPT: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada dua syarikat korporat berjumlah kira-kira RM7.8 juta bagi pihak Lembaga Zakar Selangor (LZS) pada satu majlis di Istana Bukit Kayangan, di sini, hari ini.

Baginda menerima bayaran zakat sebanyak RM5,402,317 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) Selangor, Datuk Ir Md Yuslan Yusof bagi tahun kewangan 2017 dan 2018.

QSR Brands (M) Holdings Berhad pula yang diwakili Pengarah Urusannya Datuk Seri Azahari Mohamed Kamil menyerahkan zakat berjumlah RM2,361,481 bagi tahun 2018.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi LZS Tan Sri Datuk Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan Mat Yusop.

– BERNAMA


Pengarang :