Deligasi EastCap Berhad mengnjungi Rumah Koperasi Indonesia (RKI) bagi meneroka sektor penerbangan udara, pada pada 29 Ogos 2019. Foto EastCap Berhad
AGENDANASIONAL

Super Dron lebar sayap ke Jakarta

SHAH ALAM, 11 SEPT: Syarikat pemasaran dan pembangunan Super Dron dengan teknologi Kepintaran Buatan (AI), EastCap Berhad melebarkan sayap ke Indonesia dengan memberikan tumpuan kepada sektor latihan penerbangan udara.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan EastCap Berhad, Datuk Seri Zakwanhafiz Ahmad Ansari berkata, bagi merealisasikan perkara itu pihaknya telah menjalinkan kerjasama dengan Rumah Koperasi Indonesia (RKI), pada 29 Ogos lalu.

“Ia adalah sekolah penerbangan pertama bagi yang dikenali sebagai ‘Coop Air Pilot Academy’ akan beroperasi di Jakarta, Indonesia. Akademi ini akan memberikan latihan lengkap bagi tujuan menyediakan juruterbang terlatih di dalam bidang penerbangan awam.

“Di samping itu, akademi ini bagi melahirkan graduan-graduan bagi memenuhi permintaan di dalam industri penerbangan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, EastCap dengan kerjasama RKI turut bercadang menubuhkan sebuah lagi sekolah penerbangan iaitu ‘Super Drone Pilot Academy’.

Zakwanhafiz berkata, penubuhan kedua-dua akademi penerbangan ini merupakan keperluan semasa bagi memenuhi permintaan sumber manusia dalam bidang pengangkutan udara, selaras dengan kemajuan teknologi masa depan.

“Akademi Penerbangan Super Dron ini akan mewujudkan bidang baharu dalam sektor pekerjaan yang bakal menjadi permintaan tinggi di peringkat seluruh dunia.

“Tenaga mahir perlu dilahirkan bagi mengendalikan Super Dron yang dijangka menjadi pengangkutan utama di seluruh dunia bagi kegunaan sebagai pengangkutan awam, pengangkutan logistik, pengangkutan kecemasan, serta pelbagai kegunaan lain.

“Kedua-dua akademi ini akan menjamin masa depan anak-anak ahli koperasi agar tidak ketinggalan di dalam perkembangan teknologi yang kian berkembang,” katanya.

Beliau berkata, bagi pengambilan pertama, pelatih-pelatih yang menyertai akademi penerbangan ini terdiri daripada anak-anak ahli RKI dan anak-anak ahli ‘Asean Cooperative Association’ (ACO).

Sebelum ini, EastCap Berhad menjalinkan usahasama dengan syarikat dari China iaitu, EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited bagi memperkenalkan Super Dron dengan teknologi AI sebagai revolusi pengangkutan udara pertama di dunia.


Pengarang :