BERITA UTAMA

Tiga daripada 10 anak muda jadi mangsa buli dalam talian – UNICEF

KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Tiga daripada 10 anak muda Malaysia pernah menjadi mangsa buli secara dalam talian yang menjejaskan pelajaran dan kehidupan sosial mereka dengan majoriti mengalaminya menerusi applikasi pesanan peribadi.

Menurut kajian terbaharu Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan wakil khas Setiausaha Agung Perubuhan Bagsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai keganasan terhadap kanak-kanak di 30 negara, seorang daripada lima anak muda dilaporkan ponteng sekolah berpunca buli siber dan keganasan.

Meluahkan perkara itu tanpa menyebut nama menerusi alat penglibatan belia U- Report, hampir tiga suku daripada anak muda yang terlibat dalam kajian itu berkata rangkaian media sosial termasuk Facebook, Instagram, Snapchap dan Twitter merupakan saluran yang paling banyak berlaku buli dalam talian.

Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore berkata perbuatan buli tidak hanya berlaku di sekolah tetapi perbuatan itu juga berlaku menerusi alam siber.

Di Malaysia, daripada 5,000 orang yang menyertai kajian itu hanya hanya sejumlah 457 orang (9 peratus) mengaku mereka pernah menggunakan teknologi platform digital untuk menganggu atau membuli orang lain.

Data juga menunjukkan 63 peratus koresponden Malaysia tidak menyedari terdapatnya perkhidmatan bantuan dalam talian bagi mengsa buli siber di negara bagi mereka berkenaan mendapatkan bantuan.

Sehubungan itu Wakil Khas Setiausaha Agung PBB tentang Keganasan Terhadap Kanak-Kanak Najat Maalla Mjid menyeru semua pihak termasuk pihak berkuasa bekerjasama bagi menangani masalah ini.

Salah satu mesej utama yang dapat kita perhatikan daripada pandangan mereka adalah keperluan untuk penglibatan anak-anak muda dan apabila ditanya siapa yang bertanggungjawab untuk menamatkan buli siber, pendapat sama dibahagikan antara pemerintah, penyedia perkhidmatan internet (sektor swasta ) dan golongan muda itu sendiri.

Seramai 170,000 responden berumur antara 13-24 tahun dari 30 countries including Bangladesh, Vietnam, India, Indonesia, and France mengambil bahagian dalam kajian itu.

Bagi mereka yang mengalami buli dalam talian boleh hubungi CyberSecurity Malaysia, Cyber999 melalui e-mel ke [email protected], SMS ke 15888 menggunakan format berikut: CYBER999 REPORT atau hubungi 1-300-88-2999.

-BERNAMA


Pengarang :