AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Yayasan Selangor tawar pinjaman pelajaran diploma, ijazah

SHAH ALAM, 4 SEPT: Yayasan Selangor menawarkan pinjaman pelajaran peringkat diploma dan ijazah sesi 2, 2019 kepada pemohon yang bakal melanjutkan pengajian secara sepenuh masa.

Timbalan Pengurus Besarnya, Zahura Zakry berkata, permohonan boleh dibuat sehingga 13 September ini dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang lahir di Selangor.

Selain itu, katanya, ibu atau bapa pemohon mestilah lahir di Selangor atau Wilayah Persekutuan sebelum 1 Februari 1974, atau bermustautin lebih 10 tahun di Selangor dengan pengesahan daripada ADUN, Penghulu, Pengerusi JKKK atau ketua kampung.

“Tawaran itu juga diberikan kepada pemohon yang belum menerima sebarang penajaan.

“Pelajar yang mendapat penajaan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, JPA atau MARA tidak layak memohon,” katanya dalam kenyataan.

Zahura berkata, jika pemohon pernah menerima pinjaman pelajaran, mereka perlu mengemukakan surat selesai bayaran pinjaman bersama borang permohonan.


Pengarang :