Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (dua, kanan) menyaksikan pemeteraian kontrak penaja YONEX-Persatuan Badminton Masters Malaysia (MMBA) yang diwakili oleh Pengerusi MMBA Datuk Seri DJ Dave (kanan) bersama wakil Yonex Sunrise Deepu Sri Kumar (kiri) sempena Majlis Pelancaran MMBA di Menara Kementerian Belia dan Sukan hari ini. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Azizulhasni prospek emas Sukan Olimpik 2020

PUTRAJAYA, 21 OKT: Kejayaan Azizulhasni Awang merangkul emas acara pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Korea Selatan, hari ini, memberi gambaran bahawa tidak mustahil untuk beliau merealisasikan impian pingat emas pertama Malaysia di pentas Olimpik Tokyo 2020.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyifatkan jaguh trek negara berusia 31 tahun itu sebagai seorang berjiwa kental dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

Beliau berkata atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu memang adalah antara prospek pingat di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas merangkul gangsa pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

“Azizul ini seorang yang sangat fokus, saya rasa dia mampu melakukan sesuatu di Olimpik tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Persatuan Badminton Masters Malaysia (MMBA) di sini hari ini.

Pelumba yang terkenal dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman’ itu menewaskan pelumba Jepun, Yuta Wakimoto 2-1 pada final Velodrom Pusat Latihan Kebangsaan Jingcheon.

-BERNAMA


Pengarang :