Keadaan banjir kilat di Jalan Tuanku Abdul Halim pada 22 Oktober 2019. Foto Twitter @ITIS_TRAFIK
AGENDA NASIONAL

Beberapa jalan di ibu negara dilanda banjir kilat

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Hujan lebat berterusan sejak pukul 6 petang hari ini menyebabkan beberapa jalan utama di ibu negara dilanda banjir kilat dan beberapa kenderaan dilapor terperangkap.

Jalan-jalan terlibat ialah Jalan Duta, Jalan Tuanku Abdul Halim di kedua-dua arah serta Lebuhraya Mahameru berhampiran susur ke parlimen.

Menurut laman twitter Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tiga kenderaan terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Tuanku Abdul Halim manakala kedua-dua lorong di Terowong Duta ditutup.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya ketika dihubungi berkata, anggota telah ditempatkan di lokasi banjir bagi mengawal lalu lintas.

– BERNAMA


Pengarang :